Sebuah media dia Korea menyebut ada sebuah Syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk bertemu Lee Min Ho. Peminat diminta membayar sejumlah wang untuk manatap wajah secara langsung dengan aktor ini.

Seperti yang diketahui, Lee Min Ho akan menjalani latihan asas ketenteraan pada 15 Mac akan datang. Peminat yang mampu membayar pada syarikat tersebut dijanjikan boleh menemani bintang LEGEND OF THE BLUE SEA itu saat berangkat menjalani latihan itu.

Janji lain syarikat itu termasuk dapat bersama dengan ibubapa aktor itu. Nampaknya ramai peminat yang mula teruja, tapi syarikat tersebut seolah-olah sudah biasa melakukan perniagaan ini dengan selebriti-selebriti sebelumnya.

BACA  BTS Cipta Rekod Sebagai Kedudukan Artis Korea Tertinggi Dalam Spotify Global

Menurut Allkpop, peminat diminta membayar sebanyak 500 ribu Won atau sekitar RM1,831 seorang, atau 600 ribu Won (RM2197 ) untuk 2-3 orang.

View this post on Instagram

#LeeMinHo

A post shared by Lee Min Ho 이민호 (@leeminho__87) on

Syarikat yang tidak menyebut namanya itu juga dicurigai kerap menangani permintaan dari peminat Korea dan China untuk bertemu idolanya. Bagi mengelakkan penipuan ini, agensi Lee Min Ho menyatakan mahu bertindak tegas.

“Meskipun ia tidak secara langsung merugikan agensi, perniagaan ini menggunakan nama Lee Min Ho. Kami akan mengambil tindakan tegas” jelas agensi. Semoga kes ini segera diselesaik dengan baik.

Sumber ALLkpop

BACA  Hanya 4 Bulan! Hubungan Cinta Kai EXO & Jennie Blackpink Terputus
Artikel SebelumnyaKhai Bahar Kini Intim Dengan Wany Hasrita?
Artikel SeterusnyaSaintis Terkenal Stephen Hawking Meninggal Dunia di Usia 76 Tahun
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.