Bermula tengah malam ini filem The Strangers: Prey At Night bakal disiarkan serentak di seluruh pawagam tanah air dan Hangat.com berpeluang menonton filem ini terlebih dahulu pada awal pagi hari ini.

Review: Perlahan Tapi Mendebarkan!

Suka untuk kami ‘highlight’ kan disini bahawa filem The Strangers: Prey At Night adalah sebuah filem seram ‘thriller’ dan bukanlah filem seram semata-mata. Untuk itu, kanak-kanak tidak sesuai untuk menonton seumpama ini dan apa yang kami boleh katakan kandungannya juga agak ‘mengerikan’.

Filem arahan Bryan Bertino ini adalah sekuel bagi filem pertamanya, The Strangers: Lock The Door. Kali ini ianya bermula agak perlahan dimana kami rasa permulaanya seperti terlalu meleret dengan menceritakan konflik keluarga Mike.

Namun begitu pada pertengahan filem, klimaks bermula dan dari skala 10 untuk tahap mendebarkan, kami posisikan pada skala 8!. Meskipun jalan ceritanya seperti agak ringkas dan hanya terdiri daripada beberapa orang pelakon utama, jalan ceritanya yang penuh dengan kejutan berjaya memfokuskan pandangan anda sehingga ke akhir filem.

Masih kabur mengenai filem ini berkisarkan mengenai apa? Kami berikan anda contoh The Texas Chain Saw Massacre dan Jeepers Creepers.  Sayang sama sekali, The Strangers masih belum mampu menandingi filem-filem ini.

Sinopsis The Strangers: Prey At Night

Mike dan isterinya, Cindy membawa anak-anak remajanya ke sebuah kawasan terpencil dimana terdapat ahli keluarga mereka turut tinggal disini. Akan tetapi ketibaan mereka mula diselubungi misteri apabila mereka menjumpai mayat yang dipercayai ahli keluarga mereka sehinggalah muncul 3 individu yang bertopeng dedahkan diri serta ingin membunuh mereka tanpa sebarang niat.

Adakah mereka berjaya meloloskan diri? Jawapannya ada pada pengakhiran filem ini. Dilakonkan oleh Christina Hendricks, Martin Henderson, Bailee Madison dan Lewis Pullman.