Penyanyi veteran Uji Rashid hari ini menarik nafas lega selepas permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dapat kelulusan khas dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Berita ini telah dikongsikan oleh Noh Omar menerusi laman Facebooknya.

“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi. Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga.”

Diusir Keluar Dari Rumah Sewa

Dari kenyataan yang dikeluarkan Noh Omar, Uji memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan diminta keluar dari rumah sewanya di Ampang. Difahamkan Uji tinggal bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi itu.

Kredit Foto: Media Hiburan

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan pada Noh Omar kerana sudi meringankan beban artis seperti Uji Rashid yang harus di kenang kembali jasanya dalam industri musik tanah air. Beliau telah mengharumkan lagu-lagu nyanyiannya di hati peminat peminat tahun 70an dan 80an.