Siapa kata dengar lagu K-Pop boleh melalaikan sehingga menjejaskan pelajaran. Perkara ini berjaya oleh disangkal seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Calon terbaiik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Melaka Tee Ker Yin (tengah) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent Bandar Hilir gembira melihat slip keputusan SPM bersama rakannya hari ni.
Beliau mendapat 11A pada peperiksaan tersebut.–fotoBERNAMA (2018)

Tan Ker Yin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent berkongsi rahsia kejayaannya di mana dia mendengar muzik K-pop ketika mengulang kaji pelajaran untuk lebih fokus sehingga mencatat keputusan cemerlang.

Menurut laporan dari MalayMail, beliau memperuntukkan antara dua hingga tiga jam sehari untuk menelaah buku serta nota pembelajarannya.

β€œSaya mendengar muzik daripada artis K-Pop terutamanya yang saya minati iaitu Super Junior sambil membuat latih tubi, selain itu saya menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas.

β€œSaya juga membahagikan masa antara pelajaran dengan aktiviti luar seperti kelas renang dan menjalani latihan taekwondo bagi meningkatkan tahap kecergasan badan serta kecerdasan minda,” katanya kepada pemberita di sekolah itu hari ini.

K-Pop yang didatangkan dari Korea kini bagaikan satu fenomena. Sama seperti gelombang hiburan Bollywood yang digilai ramai.

BACA  "Iman Saya Ada Naik & Turun"- Neelofa Komen Isu 'On-Off' Berhijab

Sejak beberapa tahun lepas, fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tempatan tak kira umur, bangsa, dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen rakyat tempatan.

Sumber Malaymail

Artikel SebelumnyaTahniah! Wani Kayrie Menangis Terharu Cemerlang Dalam SPM
Artikel SeterusnyaBapa Elfira Sudah Jangka Hubungan Anaknya & Sufian Takkan Lama
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.