Siapa sangka, naluri seorang bapa itu sememangnya kuat lagi-lagi ia berkaitan dengan perihal anak-anak.

Walaupun sebenarnya suatu tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata lagi, suami tercinta Datuk Seri Siti NurhalizaDatuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K sudah menjangkakan dia bakal menerima cahaya mata perempuan sejak 18 tahun dahulu.

Menurut laporan dari Utusan Online, Khalid mendedahkan ketika membina kediaman keluarga di Bukit Antarabangsa, beliau sudah menyiapkan bilik untuk empat anak lelakinya serta sebuah bilik lagi untuk anak perempuan.

Hangat.com difahamkan persiapan bilik itu sengaja dibuat Khalid kerana beliau sentiasa percaya akan ada rezekinya untuk menimang cahaya mata perempuan.

“Siapa sangka selepas 18 tahun bilik itu disediakan, saya akan menerima kehadiran anak perempuan kali ini. Inilah yang dinamakan keajaiban doa. Syukur kepada Allah kerana mendengar doa saya dan isteri,” kata Khalid.

Nama Bayi Diumumkan Selepas 7 Hari

Mungkin ramai yang tak sabar menunggu kelahiran anak pertama Siti Nurhaliza ini. Lagi-lagi ramai yang sudah membuat tekaan sebaik mengenai nama yang bakal diberikan kepada bayi, sekali gus akan menjadi kesayangan seluruh masyarakat.

Menyedari perkara itu, Siti Nurhaliza sekadar memberi bayangan nama anak sulungnya itu akan bermula dengan huruf A. Siti berkata dia akan umumkan bila tiba harinya nanti iaitu tujuh hari selepas kelahiran.

BACA  Datuk Siti Nurhaliza Kecewa Lagu Tak Dimainkan Di Stesen Radio?