Jangan pernah menghina golongan gelandangan. Mereka menjadi homeless bukan kerana memilih kehidupan seperti itu. Setiap daripada mereka ada kisah tersendiri dan perit yang anda mungkin tidak fahami. Itulah realtii kehidupan. Pernahkah anda terfikir ada di antara selebriti Hollywood popular pernah melalui kehidupan perit sebagai homeless?

Berikut Hangat.com akan dedahkan 6 selebriti popular Hollywood yang suatu ketika dahulu pernah miskin dan hidup tidak berbumbung.

1. Jim Carrey

Jim berhenti sekolah dan tinggal di dalam mini van bersama keluarganya dan bermalam di setiap lokasi berbeza di seluruh Canada. Mereka sekeluarga kemudian membina sebuah khemah di ladang makcik Jim dan Jim sering menghiburkan keluarganya dengan lawak jenakanya sepanjang kehidupan gelandangan itu. Pada suatu hari, Jim berjanji pada dirinya yang dia mahu menjadi kaya dan membatu keluarganya dan HE MADE IT!

2. Jennifer Lopez

Jlo pernah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya ketika berusia 18 tahun kerana tidak mahu ke kolej. Beliau kemudian menetap di studio tarian tempat beliau bekerja dan hanya tidur di atas sofa untuk beberapa bulan sebelum menerima tawaran menari di Eropah.

BACA  Diam-diam Ed Sheeran Dah Bernikah Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah

3. Daniel Crag

Bintang James Bond ini pernah melalui zaman susah ketika mula-mula bergelar pelakon apabila beliau tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya tidur di bangku taman di sekitar London. HARD WORK PAID OFF!Β Untuk filem Skyfall, Daniel menerima bayaran sebanyak 17 juta dolar.

4. Kelly ClarksonΒ 

Apabila Kelly Clarkson pertama kali berpindah ke Los Angeles, apartment beliau terbakar. Kelly hanya berbekalkan sedikit wang dan langsung tiada kenalan di LA, Kelly hanya terpaksa tinggal di dalam kereta sebagai tempat berlindung.

5. Halle Berry

Ketika Halle berpindah ke Chicago untuk menjadi pelakon, beliau kehabisan duit dan terpaksa menginap di rumah gelandangan untuk beberapa tahun. Kepayahan itu mengajar beliau untuk berdikari dan berusaha lebih untuk mengejar cita-cita. Pendapatan tahunan Halle kini mencecah 80 juta dolar dengan 14 juta dolar untuk setiap tawaran lakonan.

BACA  Nabila Huda Alami Pendarahan Teruk Sehingga Keguguran

6. Sylvester Stallone

Bintang aksi ternama, Sylvester pernah tidur di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sebelum menemui iklan pencarian pelakon lucah yang membayar $100 sehari. Stallone bekerja selama dua hari sahaja semata-mata hanya ingin keluar dari setesen bas tersebut.

Semua manusia pernah melalui fasa-fasa yang berbeza. Jadi anda perlu bersyukur dengan kehidupan yang anda ada sekarang.