Dalam apa jua karier yang kita ceburi, bukan selamanya indah. Cabaran dan ujian sentiasa ada sepanjang kita mengorak langkah ke puncak. Begitu juga apabila bergelar anak seni, dunia glamour bukanlah seindah yang kita sangka.

Namun ini yang terjadi pada kerjaya nyanyian Man Bai, 51 yang hampir berkubur ketika dia masih di puncak populariti.

Ketika namanya disebut-sebut sebagai bintang tengah bergemerlapan, penyanyi yang popular dengan lagu Kau Ilhamku ini sanggup bekerja sebagai kru pentas hanya dengan gaji RM390 sebulan.

Masalah tonsil dialaminya pada 1990 ketika dia bersama anggota Gersang ketika itu menyebabkan doktor menasihatkan dia supaya tidak menyanyi.

“Saya terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil. Doktor menasihatkan saya supaya tidak menyanyi.

“Bayangkan ketika itu Gersang masih popular dan sedang merakamkan album terbaru, tetapi saya tidak boleh menyanyi. Rakaman album terpaksa dihentikan dan seterusnya Gersang dibubarkan. Saya fikir saya nak kerja apa? Lebih parah saya pula baru berkahwin ketika itu,” katanya.

Bekerja Gaji RM390 Sebulan

Menurut laporan dari Harian Metro, Man Bai berkata, bagi menampung kehidupannya dia berjumpa dengan Roslan Aziz yang juga pemilik Roslan Aziz Productions (RAP) dan ditawarkan bekerja sebagai kru pentas.

“Roslan berjabat tangan dengan saya dan berkata, kau kerjalah dengan aku. Aku bayar RM390 sebulan, boleh?

“Saya tidak ada pilihan dan terus terima tawarannya. Lagipun saya tahu saya boleh belajar mengenai kerja-kerja belakang tabir dengan RAP,” katanya.

Bersama RAP, Man Bai bekerja sebagai kru pentas di konsert artis RAP seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin.

BACA  Seksi! Anak Sheila Majid, Kayda Tampil Dengan Fesyen Backless

Persembahan Istimewa Pada 15 April

Bagi peminat Man Bai, penyanyi berasal dari Johor Bahru ini bakal muncul dengan persembahan istimewa di Hotel Royale Chulan, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur pada 15 April ini jam 8 malam.

Dalam persembahan itu, Man Bai akan membawakan lapan hingga 10 lagu popular ketika bersama Gersang serta album solonya.

Sumber HM Online

Artikel SebelumnyaRahsia Ranjang David Beckham dan Victoria Akhirnya TERDEDAH!
Artikel SeterusnyaCinta Mekar Kembali? Neelofa Temani Hans Isaac Di Genting Highland
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.