Mak Cik Bawang beraksi kembali dalam Instagram dengan mengecam tindakan pelakon baru Monalisa, Mona Allen, apabila pakaian yang digayakannya disifatkan tidak sopan ketika berada di kubur.

‘Sudah terang lagi bersuluh’ bahawa ini adalah sebahagian babak dalam drama yang dilakonkan. Namun netizen tetap mempertikaikan cara Mona berpakaian yang terlalu ketat dan tidak sopan.

Mona memberitahu Utusan Online, dia sekadar menjayakan watak yang digalasnya menerusi drama tersebut yang masih lagi dalam proses penggambaran.

β€œSaya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai seorang gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya.

Komen yang diberikan terhadap pengikutnya di Instagram

β€œTiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak,” 

Agak lucu juga bila melihat komen-komen dari Makcik-makcik bawang ini kerana tidak dapat bezakan sebuah lakonan dan dunia realiti. Begitu mudah mereka menjatuhkan hukum terhadap anak seni yang baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Sabar jelah!

BACA  Pekin Ibrahim Jawab Persoalan Gambar Memegang Perut Mona Allen
Artikel SebelumnyaDedah Kehidupan Seks! Zac Efron Akui Lakukan di Bawah Umur
Artikel SeterusnyaTahniah! Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.