[VIDEO] Dah 22 Tahun! Pembaca Berita Ini Tak Dimamah Usia

782

Penyampai berita ramalan cuaca berasal dari China telah mencuri perhatian dunia kerana wajah penampilanya kelihatan tak berubah sejak menjadi penyampai TV selama 22 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Yang Dan berusia 41 tahun merupakan seorang penyampai TV dari China, seolah-olah tidak dimamah usia malah lebih jelita.

Yang menjadi penyampai segmen laporan cuaca di CCTV sejak 1996. Baru-baru ini CCTV menyiarkan video memaparkan karier Yang selama 22 tahun di stesen itu sempena Hari Wanita Antarabangsa dan rakaman berkenaan tular di media sosial kerana wajahnya langsung tidak berubah.

Beberapa pengguna media sosial juga sukar mempercayai wanita yang membaca laporan cuaca dari 1996 hingga 2018 itu individu yang sama.

Sumber Sputninews