Semalam, Opick terpaksa menerima atas pemergian isteri keduanya, Wulan Mayangsari, buat selama-lamanya (18/3/2018) pada jam 9 malam waktu Indonesia barat.

Menurut laporan Liputan6.com, rumah duka isteri kedua Opick dijaga ketat oleh segerombolan orang berpakaian serba hitam bertuliskan Pelestari Seni Golok Indonesia.

Usap Dahi Isteri Buat Kali Terakhir

Ahli media juga tak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah duka isteri kedua Opick tersebut. Beberapa foto menunjukkan Opick menatap wajah sambil mengusap dahi isterinya buat kali terakhir di Hospital. Suasana terlihat hiba dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Jenazah disembahyangkan pada jam 9 pagi hari ini di rumah yang didiami Opick yang dijadikan pusat pengajian. Solat jenazah ini dipimpin oleh seorang ustaz yang juga sahabat Opick.

Dikhabarkan, sebelum mengembuskan nafas terakhir, Wulan Mayangsari sempat mengalami sakit selepas bayinya meninggal di dalam kandungan dua bulan lalu.