Jutaan tahniah kami ucapkan buat selebriti Nonny Nadirah Zainuddin yang telah selamat bernikah serta melangsungkan majlis perkahwinannya dengan penolong penerbit di Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan

9 Tahun Bercinta

Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia mula bercinta dengan Mustain sejak 9 tahun yang lepas. Segalanya menjadi semakin serius apabila Mustain telah membuat kejutan melamar Nonny di set penggambaran drama Melankolia pada 25 Januari yang lalu sejak bercinta pada 1 Disember 2009.

Nonny Berhak Bahagia

Suka untuk kami lihat majlis perkahwinan Nonny ini sebagai sesuatu yang berhak dimiliknya. Manakan tidak, Nonny terdahulu banyak melalui ‘keperitan’ dalam hidupnya. Bukan sahaja kehilangan orang tersayang, malah penyanyi dan pelakon ini dikhabarkan menjadi mangsa ‘buatan orang’.

Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana yang penuh meriah dan diikuti majlis resepsi perkahwinan di mana Nonny kelihatan cantik mengenakan gaun warna biru  dan Mustain pula segak mengenakan sut. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke jannah kami ucapkan!

Kredit gambar @weds.byjjhp