Terbaru pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen ini telah memuat naik satu video menerusi laman instagram beliau menunjukkan dia memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan di luar rumah. Izzue Islam telah merakamkan detik-detik ini demi menunjukkan sikap prihatinnya menyelamatkan haiwan itu yang kelihatan seperti sakit.

“Ceritanya pagi tadi puppy ni dok ngiau2 lapar, jadi aku pi beli makanan anjing & bagi kat anak2 anjing ni. Sudahnya mak dia pon makan haha 😁 Harap depa doakan aku & awin murah rezeki. aminn πŸ™πŸΌπŸΆ (tapi rasanya sekor lagi puppy macam sakit kaki ke patah kaki ke aku tak pasti, tgh memikir ni mcm mn nk bawak diorang ni pegi klinik. hurmm”

Tindakan yang diambil oleh Izzue Islam ini seterusnya mendapat pujian orang ramai dan followers beliau yang memuji tindakannya. Izzue juga bertanyakan pendapat dari pengikutnya bagaimana caraΒ  membawa anjing ini ke Klinik bagi mendapatkan rawatan.

BACA  Pelakon Popular Cuba Ugut Aziz M. Osman

Niat Memberi Bantuan Dapat Pahala

Hangat.com ada terbaca kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor. Beliau menegaskan Islam tidak melarang umatnya memelihara anjing malah menggalakkan mereka berbuat baik kepada binatang itu walaupun terdapat peraturan penyucian. Binatang termasuk anjing dengan niat memberi bantuan juga akan mendapat pahala dan termasuk dalam kategori amal kebajikan.

Semoga Izzue dan Awin dilimpahkan rezeki kerana niat murni mereka. Dengan sikap prihatin yang tidak mengira manusia atau haiwan, bukankah hidup jadi lebih bererti?

Sumber IG Izzue Islam

like
love
haha
wow
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articlePanas! Katy Pery Cuba Cabul Peserta Ujibakat American Idol
Next articleKumpulan Fifth Harmony Sudah Dibubarkan! Ini Penjelasan Mereka
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.