Aktres Hollywood, Cara Delevingne dikhabarkan akrab dengan Paris Jackson, iaitu anak perempuan Raja Pop dunia Michael Jackson. Bukan itu sahaja, pasangan digosipkan tengah menjalin hubungan asmara sesama jenis.

Khabar tersebut sudah lama diperkatakan namun tak terlalu menjadi perhatian. Namun, kebelakangan Cara Delevingne dan puteri mendiang Michael Jackson itu secara terang-terangan mempamerkan kemesraan di atas ranjang, seperti disampaikan Dailymail, Khamis (22/3/2018).

Lebih mengejutkan lagi, dalam video yang dimuatnaik oleh Paris Jackson di Instagram Stories milik Paris itu, keduanya nampaknya sedang menonton filem bertema LGBT, Carol.

Awalnya, Cara Delevingne dan anak kedua Michael Jackson tersebut hanya bermain-main dengan fitur filter. Kemudian, mereka menggerakkan kamera ke arah layar laptop yang sedang memainkan filem tersebut.

Sumber Dailymail