Nampaknya para peminat filem Marvel tidak lagi berkesempatan untuk menyaksikan Chris Evans sebagai anggota Avengers.

Pelakon kacak yang memegang watak Captain Amerika ini membuat kenyataan kemungkinan dia tak akan kembali lagi dalam filem ini setelah Avengers 4 bakal dikeluarkan pada Mei 2019 mendatang.

Hal ini diungkapkan oleh aktor 36 tahun tersebut dalam sebuah wawancara dengan New York Times, baru-baru ini.

“You want to get off the train before they push you off,” (Kamu turun dari tren itu sebelum mereka tolak kamu keluar)” ujar Chris Evans seperti dilaporkan dari E! News, Jumaat (23/3/2018) di mana dia beri bayangan akan bersara.

Semenjak membintangi filem Captain America dan The Avengers, nama Chris Evans terus menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja kerana lakonan yang mantap, Evans turut mempunyai pakej lengkap sebagai seorang aktor dan hero. Sebelum ini ada desas desus mengatakan Evans menyimpan impian untuk bekerja di belakang tabir sebagai seorang pengarah.

BACA  Marvel Sahkan Angelina Jolie Bakal Berlakon Dalam Filem Adiwira Baharu