Memang tak dapat dinafikan, bukan mudah untuk menjadi selebriti yang dikenali dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Selain berdepan dengan komen negatif dari netizen atau lebih mesra dipanggil Makcik Bawang, mereka juga diintai dalam pelbagai aspek termasuk hal ibadah.

Terbaru, netizen ini telah menyuarakan pertanyaan kepada pelakon dan pengarah popular Sheila Rusly dengan mempersoalkan bagaimana dia dan kru menunaikan solat ketika sesi penggambaran program Ketuk-ketuk Ramadan dijalankan.

Netizen ini seolah-olah telah membuat tuduhan tak berasas dengan mendakwa Sheila tidak menunaikan solat ketika Azan sedang berkumandang. Nampaknya netizen ini begitu ambil berat tentang dosa orang lain dari dosa diri sendiri. Masyallah!

BACA  Baju Merah Nampak Lagi Muda? 5 Selebriti Wanita Di Usia 40an/50an Ini Berjaya Buktikan!

Jinggo Beri Nasihat Padu

Screenshot mesej ini telah dikongsikan oleh suami Sheila, Jinggo iaitu pengarah dan penerbit terkenal dari JS Pictures. Dalam kapsyen yang ditulis, Jinggo beranggapan netizen ini tidak berfikir dahulu sebelum bertanya soalan malah pertanyaan yaangh diutarakan boleh jadi fitnah.

“Boleh tanya tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang. Komen itu boleh tapi kita kena tahu macamana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain. Niat nak buat pahala. Dosa pula yang dapat” – kata Jinggo

Tuduhan Yang Membawa Fitnah

Mengenai hal tidak solat ketika azan berkumandang, Jinggo menyifatkan netizen ini telah membuat tuduhan melulu sedangkan netizen ini tidak berada di lokasi penggambaran.

“Awak kata azan berkumandang? Mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ. Awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis, salah baca, awak pun sama lah macam jurukamera saya yang awak kata tak sembahyang tu. Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?”

Kepada yang bertanya kepada Sheila dan Jinggo, rahsiakan ibadah anda jangan menilai dan menghukum orang dari apa yang kamu lihat diluarnya. Pahala tu belum cukup tapi jangan mudah tambah dosa dengan komen sebegini. Terus-terang, Hangat.com sendiri rasa geli hati baca komen dari netizen ini.

BACA  Produksi Sheila Rusly Mohon Maaf Guna Gambar Perkahwinan Nazim Othman & Bella Dally