Dalam keadaannya yang masih berpantang selepas melahirkan bayi, nampaknya penyanyi kesayangan negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sempat melancarkan aplikasi peribadi sendiri yang dinamakan Siti Nurhaliza Official App, sekaligus menjadikan dirinya artis pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi sendiri.

Menurut laporan dari Harian Metro, aplikasi tersebut menyediakan gambar dan video eksklusif serta sebuah platform rasmi media sosialnya.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja. Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini. Anda boleh download Siti Nurhaliza Official App di Google Playstore dan Apple App Store. 2. Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content. 3. Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda). Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan. Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga. Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti. Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih. #selklikmy #sitinurhalizaofficialapp #SNOA #CTapp

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“€œHari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya, gambar dan video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja.

“€œDalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada kandungan eksklusif untuk anda dalam aplikasi ini,”€ katanya.

Namun perkongsian secara eksklusif dari Siti ini tidak boleh diguna pakai oleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya. Jika tidak anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“€œSebagai peringatan, bahan yang terdapat dalam aplikasi ini mempunyai ‘watermark’€™ logo Selklik dan juga alamat emel pengguna iaitu anda.

“Jika ada antara anda berkongsi kandungan daripada aplikasi ini, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda kerana menyalahi peraturan ditetapkan,”€ katanya.

Kalau anda nak tahu sendiri apa kandungan menarik yang ada lagi dalam aplikasi ini, kenalah dapatkan sekarang dengan muat turun di Google Playstore dan Apple App Store.

BACA  Siti Nurhaliza Ungguli Carta! Rakyat M'sia Tak Kagumi Selebriti Lelaki

Sumber Harian Metro