Penyanyi Afgan Syahreza meraikan satu dekad bermusik menerusi sebuah konsert, semalam, Sabtu (24/3/2018).

Dalam konsertnya kali ini, Afgan sempat mendapatkan kejutan dari Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid. Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Anyir dan jakarta itu memberi kejutan tanpa diduga dengan tampil di atas pentas untuk berduet bersama Afgan.

Sebenarnya Afgan telah diberitahu sebelumnya bahawa dia akan menyanyikan lagu duetnya dengan Sheila Majid secara solo tanpa Sheila Majid untuk lagu terbaru Bawalah Cintaku.

Sheila Majid Peluk Afgan

Menerusi salah satu muatnaiknya di Instagram, Afgan menyebut bahawa hal tersebut adalah kejutan terbesar untuknya. Bagi Afgan, momen kejutan dari Sheila Majid tersebut adalah momen terbaiknya malam itu.

BACA  [VIDEO] Ahmad Dhani Sebak Tidak Dapat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak

Afgan sempat memeluk erat tubuh Sheila Majid yang dianggap sebagai kakak dan idola yang banyak memberi inspirasi dalam hidupnya.

Pelantun Terima Kasih Cinta itu juga sempat mengucapkan terima kasih pada semua kru yang telah diam-diam menyiapkan kejutan tersebut.