Ketuk- ketuk Ramadan! Alhamdulilah! Itulah antara ungkapan yang sering kedengaran sejak 10 tahun yang lalu setiap kali tibanya bulan Ramadan. Ungkapan yang terkenal itu begitu sinonim dengan Sheila Rusly yang merupakan pengacara rancangan masakan terkenal, Ketuk-Ketuk Ramadan.

Izreen Azminda Artis Jemputan Ketuk-Ketuk Ramadan 2018

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Sheila akan menjemput hampir 30 artis sebagai artis jemputan rancangannya itu. Untuk tahun 2018, antara selebriti yang diundang adalah Mark Adam, Fad Bocey, Naim Daniel dan ramai lagi. Namun begitu, yang menjadi perhatian adalah Izreen Azminda yang turut diundang mengacarakan bersama Ketuk-ketuk Ramadan 2018.

Mahu Boikot Ketuk-Ketuk Ramadan Kerana Izreen

Sebaik sahaja Sheila mengumumkan Izreen adalah selebriti jemputannya untuk salah satu episod rancangan itu, pelbagai kecaman terus dilemparkan di ruangan komen Instagram Sheila. Barangkali netizen masih lagi ‘menyimpan dendam’ pada Izreen yang menganggap beliau adalah punca mengapa suaminya, Ude Wahid berpisah dengan Intan Liana Salleh.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa komen yang mahu memboikot Ketuk-Ketuk Ramadan hanya kerana Izreen menjadi artis undangannya. Komen kami, jika ditakdirkan jodoh Ude dan Intan hanya setakat itu, siapalah kita untuk menghukum.