Sejak beberapa minggu yang lalu, Primadona Uji Rashid mendapat perhatian ramai sejak berita mengenai beliau sekeluarga diarahkan keluar dari rumah tular dan hangat diperkatakan.

Cico Bisu Dan Pekak?

Namun begitu, menurut Uji beliau kini terlalu malu kerana pelbagai komen negatif terus diemparkan pada mereka sekeluarga. Malah kata Uji ada ketikanya beliau mahu melarikan diri kerana enggan bertemu dengan sesiapa.Tidak cukup dengan itu khabar berita mengenai anaknya, Cico yang dikatakan telah bisu dan pekak juga tersebar luas.

Menjelas dengan lebih lanjut, Uji merasa kesal kerana semua itu tidak benar dan anaknya itu kini semakin pulih setelah hampir dua tahun menjalani rawatan walaupun Cico masih sukar untuk bercakap.

“Saya yang menjaga dia. Orang cakap macam-macam pasal dia tentulah saya terasa dengan semua itu,”

Uji Redha

Meskipun pelbagai kata-kata negatif terus dilemparkan, Uji redha dan terima segala ketentuan yang telah ditakdirkan untuk dirinya. Beliau menganggap semua itu sebagai peluang untuk menebus kembali segala kesalahan dan dosa di masa lampau.

“Saya terima sebagai satu ujian dan sedar kalau ini cara tuhan tarik dan menyuruh tebus salah serta dosa kita, Dia beri kita satu hikmah. Setiap hari, setiap masa saya minta doa pada Tuhan kalau ini anak yang saya kandungkan tolonglah pulihkannya,”

Buat Uji Rashid sekeluarga kami di Hangat.com mendoakan supaya terus tabah dan dipermudahkan segala urusan kelak.

BACA  Trending No 1 Di YouTube! Ini 7 Pencapaian Raihan Yang Ramai Tidak Tahu

Sumber Mstar Online