Fenomena terbaru melanda negara dengan Comel Pipi Merah disebut-sebut hampir setiap hari. Jika dahulu fenomena seperti ini pernah melanda ketika Mawi bertanding di dalam Akademi Fantasia, kali ini ianya milik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yang baru dilahirkan pada minggu yang lalu.

Comel Pipi Merah Buat Ramai Terharu!

Sempena kelahiran anaknya itu, Siti telah menghasilkan sebuah lagu untuk anaknya itu. Terdahulu beberapa ‘teaser’ video rasmi lagu yang berjudul Comel Pipi Merah itu telah dipertontonkan. Lirik lagu ini telah dihasilkan oleh pengurus yang juga kakak ipar kepada penyanyi ini, Rozisangdewi. Semalam, video klip Comel Pipi Merah secara rasminya telah dimuatnaik di akaun YouTube dan mula tular.

BACA  Jihan Muse Kongsi '10 Years Challenge' Yang Begitu Menginspirasikan!

Jujur kami katakan, bukan hanya kami, malah kebanyakan yang menonton video ini merasa terharu dan turut merasai ketabahan Siti dan keluarga menanti selama 11 tahun kehadiran ahli keluarga baru ini.

Kronologi Lagu Comel Pipi Merah

  • 28 Disember 2017 – Rozi menghubungi pengubah lagu dan penulis lirik, Szewan untuk menerbitkan lagu Comel Pipi Merah
  • 17 Januari 2018 – Siti mula merakamkan lagu Comel Pipi Merah di usia kandungannya 7 bulan. Dua orang anak saudara Siti, Chitah dan Damia turut menjadi penyanyi iringan.
  • 21 Januari 2018 – Lagu Comel Pipi Merah pertama kali diperdengarkan di majlis perjumpaan Siti bersama Sitizoners
  • 5 Mac 2018 – Lagu Comel Pipi Merah mula dijual di seluruh platform digital.
  • 15 Mac 2018 – Siti menjalani penggambaran lagu ini di rumahnya
  • 16 Mac 2018 – Video Lirik lagu Comel Pipi Merah telah dimuatnaik di YouTube Universal Music Malaysia
  • 19 Mac – 28 Mac – Lagu Comel Pipi Merah semakin tular dan menjadi fenomena baru dalam Malaysia. Dalam masa 10 hari video lirik tersebut mencecah lebih dari 2 juta tontonan dan teaser video rasmi pula mencapai purata 1 juta tontonan setiap hari.
  • 29 Mac – Video klip rasmi Comel Pipi Merah mula dipertontonkan.
BACA  Bekas PR Siti Nurhaliza Meninggal! Rozi Sang Dewi Kongsi Khabar Duka

Baru Dilancarkan, Jumlah Penonton Meningkat

Menariknya lagi, kurang dari 24 jam video ini dimuat naik ketika ini ianya sudah pun mencecah hampir 100.000 tontonan.

Malah kebanyakan peminat memuji keindahan lagu ini serta tidak kurang juga ada yang menganggap lagu ini layak dijadikan sebagai lagu rakyat. Sekali lagi tahniah buat Siti dan keluarga. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah.