Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 26 tahun buat pelakon Emma Maembong yang menyambutnya semalam! Bertuah Emma kerana dikelilingi ramai orang yang menyayanginya serta menyambut ulang tahunnya itu dalam serba meriah.

Alvin Beri Pandora Sebagai Hadiah

Lebih bermakna, Emma turut menerima kejutan dari Alvin Chong yang dilihat telah memuat naik gambar dan video yang begitu ‘sweet’ sebagai tanda ucapan hari lahir buat Emma.

Bukan itu sahaja, Alvin yang bersepakat untuk membuat kejutan ini bersama Aman Aziz dan Kael turut menghadiahkan Emma barangan kemas berjenama Pandora. Bertuah betul Emma!

Hangat Bercinta?

Sejak digandingkan bersama di dalam drama ‘Awak Suka Saya Tak’ Emma dan Alvin Chong semakin mendapat perhatian peminat. Malah peminat pula begitu mahukan kedua-dua selebriti ini menjadi sepasang kekasih.

Ditambah pula dengan pemberian hadiah Alvin, seperti menguatkan hubungan mesra mereka. Namun begitu, kedua-duanya menolak dakwaan tersebut dan bagi Emma mahupun Alvin mereka hanya berkawam baik. Untung siapa yang dapat bakal suami seperti Alvin nanti bukan? Romantik dan sopan-santun orangnya.