Bukan mudah untuk menjadi insan bernama Neelofa lagi-lagi dia sering berdepan dengan kontroversi liar sehingga kadang-kadang boleh menjatuhkan imej dirinya sebagai inspirasi kepada anak muda.

Kontroversi yang berlaku baru-baru ini benar-benar memberi impak di kalangan masyarakat dan fesyen tempatan. Pelbagai kecaman dan kritikan negatif dari pelbagai pihak namun tidak menjadi penghalang Neelofa untuk terus mengorak langkah dalam perniagaan. Malah dia menganggap segala yang terjadi mempunyai rahmat yang tersirat di sebalik yang terjadi.

Bawa Rahmat

Seperti yang dilaporkan menerusi Utusan Online, Neelofa sendiri akui bahawa selepas kontroversi ini menjadi buah mulut masyarakat, jenama Naelofar Hijab telah menjadi sebutan usahawan di luar negara.

“Allah Maha Besar, hikmah daripada yang berlaku adalah sesuatu di luar kotak fikiran. Saya mendapat banyak respons daripada usahawan dalam dan luar negara yang kini tahu tentang jenama Naelofar Hijab.

“Malah keluaran baharu Naelofar, Tania juga habis dijual sebelum saya sempat melancarkannya. Saya benar-benar bersyukur,” katanya yang terpalit dengan kontroversi apabila melancarkan keluaran baharu, BeLofa di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Fitnah, kecaman dan serangan bertubi kata-kata nista menguatkan lagi perisai dirinya. Diterjah dengan ‘hukuman’ netizen, dia percaya Tuhan sentiasa bersama-samanya dengan lindungan rahmat.

Kami berharap Makcik-makcik bawang yang cuba memboikot tudung Naelofar termasuk kakak ‘Emo’ yang bakar tudung, supaya lebih bermuhasabah diri. Tiada manusia sempurna dalam dunia ini, dan dari hari ke hari kita harus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jika berlaku lagi kes sebegini, kita sebagai peminat, janganlah ‘mencurah minyak ke api, silap-silap diri sendiri yang terbakar!’

Sumber Utusan Online

BACA  Wow! 10 Hal Ini Terjadi Ketika Anugerah MeleTOP Era 2018
Artikel SebelumnyaKronologi Lagu Comel Pipi Merah Buat Ramai Terharu
Artikel SeterusnyaPenganjur Konsert OneRepublic Cari Bakat Baharu Dalam Nyanyian
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.