Ramai mengetahui bahawa Emma Maembong pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Kamal Adli. Tetapi hubungan mereka tidak berkekalan dan berpisah beberapa bulan yang lalu.

IKLAN

Baru-baru ini Kamal Adli membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Emma yang jatuh pada 27 Mac yang lalu dan Emma berkongsi kegembiraan beliau di Instagram Emma sendiri.

Emma nampaknya terharu dan berterima kasih kepada Kamal kerana kegigihan Kamal untuk membuat kejutan tersebut dan Emma mengakui belum lagi pernah menerima kejutan yang romantik serta manis itu dari orang lain.

Rata-rata peminat nampaknya menyokong sekiranya Emma mengambil keputusan untuk kembali bersama Kamal Adli semula dan ada yang keliru mana satu pilihan Emma? Sama ada Kamal Adli atau Alvin Chong?

BACA  [VIDEO] Lihat Kompilasi Gambar Lama Emma Maembong Yang Dikongsi Kakaknya

Hangat.com mendoakan Emma yang baik-baik sahaja, semoga membuat pilihan yang dapat membahagiakan dunia dan akhirat, aamiin.