Beberapa bulan yang lalu kami pernah menulis sebuah artikel mengenai filem Dukun yang digantung tayangannya kerana memaparkan beberapa babak sensitif dan jalan ceritanya turut mengundang kontroversi.

Dukun Bakal Ditayangkan 4 April Ini

Berita baik untuk anda yang ingin menonton filem Dukun kerana 4 April ini filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Selepas 11 tahun menanti akhirnya filem ini bakal menghantui semula para peminat filem seram.

Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.

Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Misteri Wanita Kebaya Merah Terjawab

Sejak minggu lalu, tular mengenai penampakan susuk seorang wanita berkebaya merah yang melintasi beberapa jalan raya. Namun begitu akhirnya misteri wanita berkebaya merah itu terjawab kerana itu adalah ‘penampakan Diana Dahlan’ (Umie Aida) yang kini kembali menghantui tanah air.

Begitu hebat gimik filem ini! Tanpa memerlukan promosi yang besar dan panjang, kerana kami pasti sudah lama yang menantikan tayangan filem ini.