Setelah ramai ternanti-nanti untuk melihat wajah anak lelaki Jihan Muse dan Ungku Hariz, hari ini pasangan selebriti itu mendedahkan wajah cahaya mata sulung lelaki mereka dengan peminat di Instagram.

Ungku Arsalan Haq Nama Diberi

Sebelum ini, Jihan dan Ungku Hariz menggelarkan anak mereka itu sebagai Baby Ninja. Pada anda yang tertanya apakah nama sebenar Baby Ninja ini, namanya adalah Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz. Sedap nama baby ninja ini bukan?

Pilih Tema Pahlawan Islam Dan Alam Semula Jadi

Dalam muatnaik gambar terbaru Jihan yang menunjukkan wajah anaknya itu, terlihat bayi comel ini memperagakan beberapa pakaian bertemakan pahlawan Islam dan alam semula jadi.

BACA  Tahniah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah Timang Cahaya Mata Kedua

Malah para peminatnya turut berkongsi rasa gembira mereka yang sebelum ini sudah lama menanti wajah comel Ungku Arsalan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh!

GambarΒ Camora Arts