Hello Charlie! ..Goodbye Angels! Antara skrip yang begitu diingati dalam filem Charlie Angels. Bercakap mengenai nama Cameron Diaz, siapa sahaja yang tidak mengenali beliau. Aktres yang begitu sinonim dengan filem Charlie Angels ini terkenal dengan pelbagai filem yang dilakonkannya dan masih relevan untuk ditonton sehingga ke hari ini.

Umum Persaraan

Namun begitu, khabar duka untuk anda yang meminati pelakon yang berusia 45 tahun ini kerana Cameron telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan yang diceburinya sejak tahun 1994.

Berita itu telah diumumkannya sendiri menerusi temubual bersama pelakon Selma Bair dan Christina Applegate bagi meraikan ulang tahun filem The Sweetest Thing baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Cameron tidak mendedahkan punca sebenar mengapa beliau tekad untuk tinggalkan dunia glamor ini.

BACA  Siti Nurhaliza Terharu Dapat Bawa Aafiyah Tunaikan Umrah

Christina Applegate Turut Mahu Bersara

Lebih mengejutkan, Christina turut memberitahu dia juga kini separuh bersara kerana sibuk membesarkan anak-anaknya. Sebagai info, Cameron berkahwin dengan anggota kumpulan Good Charlotte iaitu Benji Madeen pada 2015.

“Saya pun separuh bersara sekarang… sebenarnya saya sudah bersara! Jadi boleh kita bertemu selalu”

Cameron dilihat kali terakhir muncul dalam filem Annie pada 2014 yang bergandingan bersama dengan Jamie Foxx.

Cameron mula dikenali menerusi filem The Mask disamping Jim Carrey pada 1994 dan turut menerima pelbagai anugerah antaranya adalah Teen Choice Awards Choice Movie Actress: Comedy, ALMA Awards Outstanding Supporting Actress in a Motion Picture dan banyak lagi.

BACA  Lagu Ariana Grande & Lady Gaga Dilarang Dimainkan Di Singapura. Ada Apa?

Sumber CNN