Menginap di hotel atau resort tepi pantai, sudah menjadi kebiasaan para pelancong untuk beristirehat. Yang tidak biasa, hotel  yang lokasinya ada di tengah kampung atau suasana desa. Walaupun lokasinya agak tersasar jauh dari tempat-tempat tarikan pelancongan, tapi resort ala-ala kampung asli ini mampu memberikan suasana berbeza yang jauh dari bisingnya ibu kota.

IKLAN

Lebih menarik, resort-resort ini menggunakan rumah kayu lama yang asli namun interiornya moden dan unik.

Nah, buat anda yang mahu bercuti sambil mengimbau kenangan lalu, Hangat Malaysia ada senarai resort ala-ala kampung yang terhebat di Malaysia.

7Keriang Hill Resort – Kedah

Keriang Hill Resort merupakan salah satu lokasi pelancongan yang menawarkan percutian ala kampung dalam bandar. Lokasinya yang terletak di kaki Gunung Keriang menjadi tarikan dan nilai tambah kepada pelancong yang cukup menggemari suasana kampung yang berlatarbelakangkan gunung batu kapur.

There are no photos with those IDs or post 369 does not have any attached images!

Lokasi: Keriang Hill Resort, Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah
Harga Semalam: RM200-350

6Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village masih mengekalkan ciri asal rumah Melayu asli Terengganu.  Resort ini pernah dijadikan lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa. Terrapuri yang terletak di Kampung Mangkuk, Setiu ini merupakan binaan semula rumah melayu lama iaitu Rumah Terengganu Klasik itu.

Lokasi: Kg Mangkuk, Penarik, Setiu, Permaisuri, Merang, Terengganu
Harga Semalam: RM500-RM1,000

5Kampung Tok Senik Hotel

Sesiapa yang menyukai percutian bercirikan alam semulajadi, hutan dan keadaan yang damai tanpa gangguan dalam suasana kampung tradisi Melayu inilah pilihan yang tepat. Jauh dari kesibukan kota dan tekanan kerja.  Terletak di Ulu Melaka, kira-kira 15 minit perjalanan kereta dari Kuah, Kampung Tok Senik Resort ialah satu-satunya hotel di Langkawi yang menawarkan persekitaran ala kampung Melayu. Resort ini menghimpunkan rumah-rumah yang mewakili pelbagai lapisan dan peranan masyarakat Melayu zaman silam.

There are no photos with those IDs or post 369 does not have any attached images!

Lokasi: Lot 1577, Kawasan Mata Air Mukim Ulu Melaka, Ulu Melaka, Langkawi, Kedah
Harga Semalam: RM100-RM500

BACA  Tak Ikut Cakap Isteri, Aliff Syukri Menyesal!

4101 Resort & Spa

Terletak di Janda Baik, Pahang, 101 Resort & Spa merupakan penginapan yang menawarkan keindahan alam flora dan fauna. Binaan rumah kayu ala-ala kampung tradisi Melayu. Resort ini dikelilingi kawasan hutan serta terletak berhampiran terusan sungai yang begitu jernih serta bersih.

There are no photos with those IDs or post 369 does not have any attached images!

Lokasi: Ashida Villa, Lot 5303 Pulau Santap, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Harga Semalam: RM200-RM600

3Bon Ton Resort in Langkawi

Masih dengan konsep yang sama, Villa-villa di Bon Ton Resort menyediakan penginapan rumah kampung lama dari rumah kampung tradisional berusia 60 ke 120 tahun yang telah dinaiktarafkan hiasan dalamannya dan kebanyakannya lengkap dengan tab mandian kayu. Rekaan dalaman yang cukup klasik!

Lokasi: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, Kedah 07000
Harga Semalam: Dari RM551

2Tanjong Jara Resort

Jika anda mahukan suasana kampung tapi mewah dan dilayan seperti anak raja, bolehlah ke Tanjong Jara Resort. Tanjong Jara menawarkan penginapan yang berilhamkan istana-istana Melayu abad ke-17 yang megah. Resort ini menyediakan Bilik-bilik yang mewah dengan permandangan laut China Selatan.

Lokasi: Batu 8 Off Jalan Dungun, 23000 Dungun, Terengganu
Harga Semalam: Bermula Dari RM600

BACA  5 Selebriti Wanita Ini Sebenarnya Berperangai 'Gila-Gila'

1Home@11 Boutique Holiday Villa

Penginapan ini hanya boleh ditempah menerusi Airbnb denga harga yang sangat berbaloi.  Terletak di bandar bersejarah Melaka, Villa ini boleh jadi tempat penginapan yang menarik sepanjang berada di sana. Dengan konsep rumah kampung dan dilengkapi dengan kolam renang sudah pasti ia menepati citarasa pengunjung yang mahu beriadah dengan keluarga

Lokasi: 11 Lorong Laksamana Cheng Ho 5, Taman Bakti Bandar Hilir, Melaka
Harga Semalam: Bermula Dari RM147 di Airbnb