Selepas mengambil keputusan untuk mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, nampaknya Ude Wahid dan isterinya, pelakon Izreen Azminda sudah ‘berani’ untuk memuat naik gambar mereka tanpa menghiraukan kecaman netizen.

Ude Perli Intan?

Terbaru, Ude Wahid telah memuat naik gambar sarapan roti telur yang disediakan oleh Izreen Azminda untuknya.Bagaimanapun, ada yang menganggap Ude memerli bekas isterinya, Intan Liana Salleh dengan memuat naik gambar dan kapsyen tersebut. Terdahulu Intan pernah beberapa kali membuat kenyataan telah ‘move on’ sebelum ini yang merujuk kepada pengakhiran hubungan mereka

Netizen Maki Ude

Melihatkan gambar beserta kapsyen tersebut, netizen terus ‘menjalankan tugas’ mereka dengan memaki Ude kerana seolah -olah memerli Intan.

BACA  Diboikot? Kontrak Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Ditamatkan

Dalam perkembangan lain, Intan kini disunting menjadi model koleksi busana raya Annas Easkey, dan turut menjadi tetamu rancangan Meletop ditemubual oleh Neelofa dan Nabil baru-baru ini. Apa – apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk ketiga-tiga mereka.