Buat pengetahuan anda, terdapat banyak kebaikan membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Satu kajian oleh Universiti Columbia mendapati aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda.

IKLAN

Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia.  Maka, tidak hairanlah bagi selebriti tempatan yang perlukan peneman selepas penat bekerja.

Berikut adalah antara selebriti-selebriti Malaysia yang memiliki kucing.

1. Bujibu Chempel

View this post on Instagram

Oke tq

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Antara kucing yang paling popular di media sosial. Bujibu dimiliki oleh pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Bujibu mempunyai akaun Instagram miliknya sendiri.

BACA  "Dewi Remaja Patut Tukar Jadi Muslimah Remaja"- Alicia Amin

2. Lilo & Chulo

View this post on Instagram

Good morning everyone!

A post shared by Betty’s Furrr-kids (@lilo.the.ketot) on

Betty Rahmad juga mempunyai kucing yang sangat comel. Lilo dan Chulo yang sangat gebu ni selalu menjadi teman kepada Betty terutamanya pada awal pagi. Rajin sungguh Lilo mengurut Betty yaaa…

3. Luna & Tigo

Menggunakan hashtag #lunathekat dan #tigothekat, kedua-dua kucing kesayangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini kini perlu berebut perhatian di Instagram kerana populariti Lara Alana lebih terserlah.

4. YY dan Uriah

YY dan Uriah merupakan kucing kesayangan model tersohor Alicia Amin. YY merupakan seekor kucing yang mempunyai heterochromia dimana matanya berlainan warna. Sangat comel! Manakala Uriah pula merupakan seekor kucing berbaka Maine Coon yang sangat manja.

BACA  Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

5. Robin, Hood, Arrow dan Bijik

Ketiga-tiga ekor kucing ini merupakan kawan baik kepada Instafamous, Faizdickie. Bila ada tuan seperti Faizdickie memang semua caption di laman Instagramnya sangat mencuit hati!

6. Tempe

Walaupun Nazim Othman jarang muat naik gambar kucing beliau, tetapi kalau Nazim memuat naik gambar Tempe, akan buat semua pencinta kucing bahagia.

7. Beshetik

Beshetik merupakan kucing kesayangan pelakon terkenal Zara Zya. Tengok gambar pun memang geram sangat! Sangat gebu dan comel!!

BACA  Kongsi Detik Menghidapi Tumor, Nazim Othman 'Sempoi' Balas Komen 'Puaka' Peminat

8. Pandarudin

View this post on Instagram

Takpeeeee…

A post shared by #Pandarudin (@pandarudin) on

Aktres terkenal tanah air Yana Samsuddin juga mempunyai kucing yang diberi nama Pandarudin. Memang sangat comel! Rasa nak gigit je 😀

Sumber : Harakah Daily