Semalam, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan majlis kesyukuran serta doa selamat bersempena berpindah ke rumah barunya di Kota Damansara. Pada minggu yang lalu sebuah majlis sambutan hari lahir Aliff juga telah diadakan di rumah barunya yang persis istana itu.

Gambar Rebecca Peluk Tangan Aliff Undang Kontroversi

Dalam majlis kesyukuran itu juga, Aliff telah menjemput Datin Rebecca Nur Al-Islam dan suami, Datuk Azam ke rumah barunya yang dikenali sebagai Aliff Syukri Palace. Namun begitu menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Aliff di Instagramnya telah mengundang kontroversi. Di mana terlihat dengan jelas Rebecca telah memeluk tangan usahawan itu.

BACA  Anak Kandung Aliff Syukri Sebenarnya Anak Angkat? Shahida Buka Mulut

Netizen Selar Tindakan Rebecca

Melihatkan pada gambar tersebut, rata-rara netizen menganggap Rebecca seperti tidak menghormati suaminya kerana Datuk Azam turut berada didalam gambar tersebut. Malah ada juga yang mendakwa Rebecca tidak peka dengan batasan pergaulannya sebagai seorang muslimah apatah lagi bergelar isteri orang meskipun berlapik.

Kami di Hangat.com berasakan mungkin Rebecca tidak perasan malah jika dilihat pada mimik muka mereka juga seperti tidak bersedia. Mungkin Aliff boleh padam gambar tersebut untuk elakkan fitnah daripada terus berlaku.

like
love
haha
wow
sad
angry