Sememangnya wajah-wajah popular sangat sesuai untuk menghiasi kempen kesedaran bagi mendapat perhatian ramai. Tidak dinafikan, penyertaan dan kerjasama artis dalam sesuatu projek atau kempen memberikan kesan tersendiri kepada khalayak kerana mereka mempunyai ‘daya penarik’.

Seperti pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac yang baru sahaja melamar bekas kekasihnya Neelofa  untuk dijadikan sebagai salah seorang selebriti dalam kempen kesedaran yang bakal diterbitkan pada 17 April ini.

Lihat video di bawah, ternyata mereka berdua sibuk bekerjasama dalam pembikinan video tersebut. Sweet tak?

Menerusi Instagram Hans iaitu @hansisaac, dia akui agak kekok untuk mengarahkan sebuah video kempen kesedaran ini yang melibatkan ramai artis popular tanahair seperti Joe Flizzow, Caprice dan Ila Damia.

BACA  Neelofa BUKAN Punca Zul Ariffin & Zahirah Macwilson PUTUS CINTA!

“Terlupa bagaimana mahu memulakan semula. Sudah lama. Saya mengelola syarikat Tall Order Sdn Bhd dan saya banyak memberi tumpuan kepada kerja korporat. Kini saya kembali pada set. Kami mengendalikan sebuah kempen hebat yang akan muncul tidak lama lagi. Tarikh pelancaran 17 April 2017. Video ini dapat sokongan hebat dari ramai rakan & artis berbakat. Tq Guys.”

Seperti apa yang kami perhatikan menerusi video yang dimuatnaik, kempen ini berkait rapat dengan kesedaran jenayah siber dan penyebaran berita palsu di media sosial. Namun Hans tidak mendedahkan secara terperinci tentang projek kempen yang dijalankan namun ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan Neelofa dalam video ini.

Apa-apa pun kami di hangat.com seronok lihat Neelofa dan Hans berkolabrasi kembali. Sweet sangat! Kalau ada jodoh, bercinta lagi pun apa salahnya. Hangat Malaysia doakan yang baik-baik sahaja. Lagipun mereka berdua sama cantik sama padan, kata orang muka seiras jodoh pun tak jauh, ehhh betul ke?

BACA  Isu Fattah Amin! Neelofa Anggap Wartawan Tiada Etika
like
love
haha
wow
sad
angry