Heboh di kalangan rakyat Malaysia selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan membuat kejutan di sebuah pasaraya di Bandar Tebrau, Johor apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara spontan beramah mesra dengan pelanggan dan menanggung perbelanjaan mereka. TMJ dikatakan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Foto: JOHOR Southern Tigers
Foto: JOHOR Southern Tigers

Di sebalik niat murninya untuk mengurangkan beban rakyat Johor, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau secara lebih mendalam. Hangat.com tertarik dengan sebuah wawancara yang dikeluarkan oleh portal dari Singapura yang mendedahkan rahsia keperibadian TMJ.

Menurut Mediacorp, TMJ mempunyai sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video wawancara itu.

BACA  5 Gambar Wajah Bakal Suami Tunku Aminah Jejaka Dari Belanda

Berikut Hangat.com cuba simpulkan 5 rahsia keperibadian hidup TMJ.

5. Tak Takut Hantu

Dalam wawancara itu, TMJ mengatakan saat dia berada di Istana, hantu yang mengganggunya hanya semasa waktu beliau kecil sahaja. Kini, hantu pula takut dihalau keluar dari istana. Meskipun nampaknya TMJ tidak takut diganggu hantu, TMJ tidak suka menonton filem atau drama seram. Kalau tengok cerita hantu dia akan tutup telinga dan mata. Ini kerana, jelas TMJ, beliau “tidak suka terperanjat”.

3. Kereta Idaman

Dengan puluhan kereta mewah yang dimiliki TMJ, beliau memberikan senarai kereta-kereta kegemarannya. TMJ menyukai kereta jenama Rolls-Royce, Bugatti Chiro yang baru, Dodge, buat masa ini Hellcat. Manakala Motosikal pula, TMJ gemar motosikal besar seperti Harley Davidson.

2. Kalau TMJ Bukan Tunku Mahkota

Apa agaknya  pekerjaan TMJ jika beliau bukan Tunku Mahkota. Beliau mendedahkan mahu menjadi ‘Hitman’, pembunuh upahan. Impiannya pula adalah untuk menjadi kaya.

“Saya nak buat duit. Saya nak kaya betul-betul kaya sampai kalau saya tengok saya nak beli kerajaan Malaysia, kerajaan pun saya beli. Kalau nak beli separuh dunia, separuh dunia pun saya beli,” kata TMJ.

Artikel SebelumnyaJanna Nick Sedih Tak Sambut Raya Bersama Keluarga Tahun Ini
Artikel SeterusnyaRico Rinaldi Pereka Fesyen Tempatan Pertama Berjaya Sunting Neelofa
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.