Terdahulu, Hangat.com pernah menyiarkan artikel dimana pelakon terkenal, Nelydia Senrose dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jutawan muda berusia 30-an.

IKLAN

Tidak menafikan hal itu, Nelydia akui sedang mengenali hati budi jutawan muda tersebut dan turut menggelarkannya sebagai β€˜Mr. H.’

Nelydia Sudah Dilamar?

Terbaru, melalui akaun Twitternya, Nelydia telah berkongsi gambar yang memperlihatkan sebentuk cincin tersarung di jari manisnya dengan kapsyen:

“Hari paling bahagia dalam hidup saya. Impian memang boleh jadi kenyataan”

Tambah pelakon itu, hatinya kini β€˜mekar’seperti bebunga di taman bunga London tersebut. Hangat.com difahamkan Nelydia kini sedang bercuti di luar negara.

Netizen Ucap Tahniah

Setelah gambar tersebut dimuatnaik, peminat-peminat membuat andaian bahawa adik kepada Uqasha Senrose ini telah dilamar dan turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Jika benar, kami ingin ucapkan tahniah dan semoga dipercepatkan jodoh di jinjang pelamin.

BACA  [FOTO] Nelydia Senrose Mengakhiri Zaman Bujang Dengan Jejaka Pilihan