Jika bercakap mengenai kedua-dua pelakon cantik ini, Neelofa dan Fazura pasti peminat mereka seperti ‘kerasukan’ seperti terkena ‘air percikan bawang’.

Manakan tidak, baik Lofa mahupun Faz, kedua-duanya mempunyai kelab peminat yang begitu tegar namun kami di Hangat.com masih lagi tertanya apakah punca mengapa peminat mereka masih tidak boleh ‘ngam’ antara satu sama lain.

Antara Neelofa dan Fazura Siapakah Pilihan Netizen?

Hangat.com rangkumkan beberapa topik dan pencapaian mereka untuk dinilai sebagai pilihan netizen. Baik ataupun buruk sekalipun, kedua-duanya masih unggul dan disayangi ramai. Kami bawakan perbandingan ini berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh Cuponation Malaysia.

Jumlah Pengikut Di Media Sosial – Neelofa

Jika dilihat pada statistik keseluruhan media sosial, ternyata Lofa begitu terkenal dengan mempunyai hampir 10 juta pengikut manakala Faz pula hanya separuh dari pengikut Lofa, iaitu melebihi 5 juta. Meskipun pernah ‘diboikot’ seketika hingga hilang 100,000 pengikut di Instagram, namun ianya tidak menjatuhkan populariti pengacara MeleTOP itu.

BACA  Panas! Adik Neelofa Sekali Lagi Cuba Tayang Buah Dada

Tweet Paling Popular- Neelofa

Menerusi laman twitter pula, ternyata ianya menjadi antara sumber terawal pelbagai info. Menerusi carian di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 sepanjang 7 hingga 10 April baru-baru ini, tweet paling popular semestinya milik Lofa.

Manakan tidak hampir setiap ketika pada malam acara itu, orang sibuk memperkatakan mengenai Lofa. Berbanding Faz, meskipun tidak hadir pada malam itu, namun netizen masih lagi membicarakan mengenainya.

Maaf Lofa, tweet itu popular kerana terlalu ramai yang mengecamnya. Apa pun you rock the stage Lofa!

Carian Paling Popular – Neelofa

Benar! Jika dilihat pada jumlah carian bermula daripada Mac 2017 sehingga Februari 2018, ternyata carian paling popular jatuh kepada Lofa dengan sebanyak hampir 1 juta di Google. Manakala Faz pula sebanyak 40, 500.

BACA  [GAMBAR] Sekitar Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Fazura Seperti 'Fairytale'

Pencetus Fesyen- Fazura

 

Mungkin ketika ini jenama Lofa seperti Naelofar, Be Lofa mempolori pasaran. Namun tahukah anda, Faz terlebih dahulu mencetuskan idea perniagaan dengan memperkenalkan butik miliknya iaitu House of Doll.

Berita Sensasi!- Fazura

Sebelum ini, Lofa pernah menggemparkan negara dan menjadi berita sensasi dengan isu pelancaran Be Lofa di pusat hiburan terkenal, Zouk. Walapun begitu, pada pengujung 2017 dan awal 2018, fokus terlebih dahulu diberikan pada Faz dan suaminya, Fattah Amin. Hampir setiap gerak geri mereka menjadi perhatian.

Baik daripada pergi mengerjakan umrah sehinggalah mendirikan rumahtangga, ada sahaja berita mengenai Faz!

Artikel SebelumnyaPanas! Nazmi Nordin Sering Kali Di ‘Spedo’ VVIP?
Artikel SeterusnyaNita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress