Selepas melihat perkongsian dari CEO AirAsia, Tony Fernandes di Instagram, kami di Hangat.com tertarik untuk melihat kajian menyeluruh senarai yang dibuat oleh firma penyelidikan pasaran dan analisis data yang berpangkalan di Britain, YouGov. Kajian yang dibuat menyaksikan senarai individu paling dikagumi di Malaysia. Jom lihat, apa yang mereka berjaya simpulkan.

Siti Nurhaliza Di Kedudukan Teratas

Bagi senarai wanita yang paling dikagumi di Malaysia, tertera nama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus. Berita gembira ini turut dikongsikan oleh Siti di akaun Instagramnya.

Sementara isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali mendapat tempat kedua dengan 10.1 peratus markah.

BACA  5 Alasan Mengapa Lisa Surihani & Hanis Zalikha Selalu Guna Cetaphil

Neelofa Tetap Jadi Pilihan

Selain itu, selebriti lain yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dijadikan wanita paling dikagumi ialah Noor Neelofa Mohd Noor. Walaupun dirinya hebat dikecam kerana kontroversi kelab malam Zouk namun dia telah mengumpul markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus meletakkan dirinya dalam kedudukan ke-3 dari senarai itu.

Kami di Hangat.com harus memberi pujian pada Nur Fazura Sharifuddin, Tan Sri  Michelle Yeoh dan Vivy Yusof kerana mereka juga tidak terkecuali dalam senarai itu.

Selebriti Lelaki Malaysia Tiada Dalam Senarai

Fattah Amin ? Ataupun Hans Isaac ? Bagaimana? Malangnya, tiada kaum lelaki dikalangan selebriti Malaysia tersenarai dalam individu yang dikagumi. Ini menunjukkan kaum wanita di Malaysia lebih ramai memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Setuju tak?

Walaubagaimanapun, jika bukan selebriti, kategori lelaki yang tersenarai adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tony Fernandes. Selayaknya beliau dikagumi kerana pencapaiannnya dalam menerajui syarikat penerbangan antara terbaik di dunia.

BACA  [GAMBAR] Majlis Ulangtahun Perkahwinan Tun M & Tun Hasmah Di Kediaman Siti Nurhaliza

Kajian dari Ahli Panel Dari 35 Negara

Menurut YouGov, firma itu mengumpulkan pencalonan terbuka oleh ahli panel dari 35 negara, meminta mereka menamakan lelaki atau wanita yang masih hidup untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

YouGov menyusun senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang mendapat pencalonan paling banyak serta dicalonkan sekurang-kurangnya empat negara. Kemudiannya, firma itu menambah 10 tokoh tempatan yang popular bagi senarai negara masing-masing.

Sumber YouGov