Datuk AC Mizal meluahkan rasa ketidakpuashatian beliau terhadap kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang dikatakan tidak memuaskan hati penumpang syarikat penerbangan tersebut.

Kecewa Dengan Kerosakan Bagasi

Menerusi sebuah video yang viral di laman Facebook milik AC Mizal, jelas memaparkan AC Mizal menyuarakan kekecewaan berhubung kerosakan pada bagasinya yang sudah dibalut plastik dan beliau juga menunjukkan keadaan bagasinya yang rosak sewaktu beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya betul betul frust gila dengan Airline AIR ASIA…… #airlinemurahpunah please respect your customer and our property!Customer Service Air Asia sungguh kurang ajar dan tak membantu langsung!“ luah AC Mizal.

Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Air Asia Tidak Membantu

AC Mizal juga turut mempersoalkan mutu kaunter perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan tersebut yang dikatakan tidak membantu langsung semasa kejadian tersebut terjadi.

“Masalahnya bagaimana dengan beg baru saya, adakah sama dengan yang ini? You should respect your customer and then your customer service teruk gila. Tidak membantu langsung. Please AirAsia jangan buat orang macam ni,” ujar AC Mizal lagi.

Kempen Cium Beg Hanya Gimik Dan Drama?

Sebelum ini Air Asia pernah melancarkan Kempen ‘Cium Beg’ sebagai tanda rasa sayang kepada bagasi-bagasi penumpang Air Asia. Adakah itu hanya sekadar gimik atau drama semata-mata untuk mengaburi mata penumpang sehinggakan insiden yang sama berulang lagi?

Apa tindakan AC Mizal selepas ini? Saman Air Asia atau membiarkan sahaja hal ini?

Hangat.com memahami apa yang dialami oleh AC Mizal. Hangat.com berharap agar hal ini tidak lagi akan terjadi bukan sahaja pada AC Mizal, malah kepada semua pelanggan syarikat penerbangan terutamanya pembaca-pembaca Hangat.com !

BACA  4 Orang Pencuci Bangunan Kini Bergelar Datuk