Tidak ramai yang mengetahui percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan jelitawan Zahirah Macwilson kerana kedua-dua mereka bersikap low-profile mengenai percintaan mereka. Tetapi hubungan mereka berdua tidak berkekalan.

Apa Punca Utama Keretakan Pasangan Ini?

Zahirah percaya pengakhiran hubungan cintanya dengan Zul Ariffin mempunyai hikmah tersendiri. Zahirah berkata semua yang berlaku adalah rancangan yang sudah diatur oleh Allah s.w.t

“Pasti ada sebab di sebalik setiap apa yang berlaku. Saya percaya dengan rancangan Tuhan,” ujar Zahirah. 

Zahirah menjawab pertanyaan peminat di laman sosial Instagram tentang berita hubungan cinta yang dibina bersama pelakon drama Titian Cinta berakhir.

Zahirah Bersikap Tidak Sopan Semasa Pengebumian Allahyarham Ibu Zul Ariffin?

BACA  Neelofa Dituduh Berlagak Diva Dengan Upiak Isil

Salah satu punca Zul membuat keputusan untuk memutuskan hubungan beliau bersama Zahirah adalah disebabkan kelakuan Zahirah selfie berhampiran jenazah Allahyarham ibunya dianggap tidak sopan. Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 yang lalu.

Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.” 

“Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi”

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?” kata Zul kepada BH ONLINE.

Zul berkata, perkara itu membuatkan dia tawar hati dan enggan menerima wanita itu sebagai seorang isteri. 

Bagaimanapun, Zahirah yang ditanya tentang perkara berkenaan menganggap Tuhan lebih mengetahui perkara sebenar.

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, kata Zahirah melalui Instagram.

Neelofa BUKAN Punca Keretakan Zul dan Zahirah!

Ada netizen mengatakan kehadiran Neelofa dalam hidup Zul adalah punca utama keretakan hubungan Zul dan Zahirah. Seperti sedia maklum, apa yang Zul katakan pada BH Online, punca utama adalah sikap Zahirah di tanah perkuburan pada tahun lepas yang membuatkan Zul TAWAR HATI!

BACA  Cinta Mekar Kembali? Neelofa Temani Hans Isaac Di Genting Highland

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir”, kata Zul lagi.

Kepada Makcik-makcik bawang di luar sana, cukup-cukuplah menghangatkan lagi nama Neelofa menjadi dalang utama keretakan hubungan mereka. Terang-terang Zul Ariffin dah buat kenyataan kan! Apapun Hangat.com mendoakan agar Zul serta Zahirah berdamai dan mana tahu boleh jadi kawan baik selepas ini? Tapi jodoh di tangan Tuhan kan? Bersabarlah wahai hati…. PEACE NO WAR!

BACA  Kerana Analisis Ini, Peminat Fazura & Neelofa 'Berperang' Di Instagram!

Sumber : BH Online