Itulah orang tua-tua berkata, Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Selepas dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha kini Intan Liana dilamar lagi.

Ya Allah, apakah dugaan lagi ni abang kawasan oi. Kekakak ramai yang dah tak kuad semangad ni. Ya rabbi, bonda intan manisnya, semanis manis bagai madu tertumpah dekat screen tengok bonda intan macam esok dah hari ghayeee kekakakkkkk – Nampak tak? . Ramai kekakak tanya abunk, eh abang kawasan takde ke kurung simple tapi classy, simple tapi nampak exclusive. Jadi nilah dia . Tak tau nak bagi nama apa . Serious cutting dia tip top . Koleksi ni nama dia “koleksi wajib ada dalam gerobok” faham kan kalau abunk dah cakap gitu . Kekakak semua . Konsep baju ni . Dapat duit raya boleh selitkan dekat celah sirip tu, hahahahah . Atau sejenis kekakak yang beraya rumah kengkawan lepas tu kuih sedap sangat boleh simpan sikit dalam celahan sirip chans tuuu. Hahahah . Eh . Eh . Eh . Mesti ramai suka simple kan? . Wahai bonda intan, manisnya alahai, dia macam termenung jauh tunggu kekakak grab baju simple letups . . Eh! 3000 likes ke tidak ni? Ke nak bagi ❤️❤️ bebanyak?? Cepat! Jangan mengelat! . P/s: bayangkan baju ni kaler royale blue? MashaAllah, boleh hempas badan kalau gini! 😭 . Inner paling selesa: @mumuscarves

A post shared by ASHH&ANNAS® CLASSY RAYA 2018 (@ashhannas) on

Terbaru menerusi Instagram milinya, Intan baru sahaja dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas. Dipetik dari Utusan Online, Intan dipilih sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga. Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” tulis Intan menerusi status yang dimuat naik di media sosialnya itu.

Menurut laporan itu, pihak Ashh & Annas, memberitahu pemilihan Intan disebabkan penampilan wanita itu yang manis dan lemah lembut.

BACA  Saya Doakan Izreen Semoga Lebih Tabah - Adira

Terdahulu, Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.

Walaupun pahit ditelan kerana baru diceraikan, namun inilah yang dikatakan hikmah di sebalik yang telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

Sumber Utusan Online