Siapa sangka, kisah percintaan pasangan ini sukar untuk dihidu oleh orang ramai. Sebelum ini mereka sering bermain tarik tali tentang status perhubungan mereka. Namun, diam-diam percintaan pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson tidak berkekalan dan berakhir dengan perpisahan.

Foto: Kosmo

Pelbagai spekulasi yang dibuat oleh peminat tentang punca sebenar mereka berpisah, hangat.com difahamkan salah satu punca hubungan mereka retak disebabkan kelakuan Zahirah selfie berhampiran jenazah Allahyarham. Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 yang lalu.

Isu ini makin tegang, apabila Zahirah menafikan kelakuannya itu menerusi komen di Instagram.

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, kata Zahirah melalui Instagram.

Zainol Macwilson Luahkan Rasa Syukur

Susulan dari perpisahan ini, bapa Zahirah yang juga seorang pelakon veteran, Zainol Macwilson meluahkan rasa syukur kerana perhubungan anaknya berakhir jua.

“ALHAMDULILLAH, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka,” luah pelakon veteran, 

Menurut Harian Metro, Zainol berkata sudah tiba waktu anaknya fokus kepada kerjaya dan perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam mengenali mana-mana lelaki. Zainol berharap Zul  tidak lagi mengganggu anaknya dan jadikan perkara apa berlaku satu pengajaran.

BACA  Wow! Tunang Mawar Rashid, Raf Yaakob Tayang Tubuh Sebelum 'Sado'

Zul Ariffin Bukan Lelaki Sejati

Dalam kenyataan Zainol lainnya, dia sendiri mendedahkan bahawa Zul tidak menghormati orang tua. Malah perhubungan mereka berdua tidak direstui olehnya. Zainol tidak menghalang anaknya untuk berkawan, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Lebih mengecewakan, Zainol menganggap Zul tidak bersikap ‘gentleman’ ketika pasangan ini bercinta.  Zul sering menggunakan Zahirah untuk bercakap dengannya.

“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah? Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya.

Sebenarnya dalam percintaan atau pernikahan ini perlu ada restu dari ibubapa. Bagi Hangat.com redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. Ambil kisah percintaan mereka berdua sebagai pengajaran buat kita semua. Amin…

BACA  Neelofa BUKAN Punca Zul Ariffin & Zahirah Macwilson PUTUS CINTA!

Sumber Harian Metro