Terdahulu peminat sudah mengetahui bahawa rumahtangga penyanyi Zul 2By2 bersama Isma AF7 kini berantakan. Namun netizen terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa pasangan ini sudah pun bercerai.

Jangan Buat Andaian

Menerusi Instagram nya, Zul dilihat telah menegur netizen agar tidak membuat andaian mereka sendiri tentang status rumah tangga dengan Isma yang juga kakak kepada Tomok.

Zul membidas kenyataan itu apabila komen yang mendakwa penyanyi dan komposer itu hanya memikirkan keseronokan hidup semata-mata dan membuat keputusan berpisah dengan mudah selepas memuat naik gambar makanan dengan kapsyen yang melihatkan dia kini duduk berseorangan.

“Maaf kalau terkasar bahasa, tidak semua lelaki macam itu dan dalam hal ini yang tidak tahu cerita hujung pangkal jangan buat andaian sendiri ya. Saya tidak pernah bersuara sedikit pun, jadi yang mana sudah berkeluarga jagalah baik-baik,”

Status Hubungan Jadi Tanda Tanya

Sehingga kini, Zul tidak pernah memberi sebarang kenyataan berkaitan hubungannya dengan isteri yang dibina hampir 20 tahun itu. Sebelum ini terdapat dakwaan Isma sudah beberapa kali menfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sejak tahun lalu.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dengan berita berantakan rumah tangga pasangan ini dan turut meminta pasangan ini berbaik semula.

Artikel Sebelumnya‘Zul Bukan Lelaki Sejati’- Zainol Dedah Sikap Sebenar Zul Ariffin
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Fasha Sandha & Jejai Pakai Baju Sedondon Sambut Hari Jadi
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress