Jika dilihat pada filem dan drama aksi, pasti akan muncul watak gangster Cina yang dipegang oleh Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Adam. Pada mana yang mungkin tidak tahu, pelakon ini telah pun memeluk agama Islam pada 2007 dan berkahwin pada 2008 serta mempunyai seorang cahaya mata yang dilahirkan pada Mac yang lalu.

Adam Mengaku Badan Penuh Dengan Tatu

Meskipun sudah beragama Islam, Adam tidak terkecuali terkena kontroversi apabila terdapat dakwaan bahawa di badannya masih penuh dengan tatu dan turut mempersoalkan kesahihan solat pelakon itu.

Terdahulu, Adam turut pernah dipersoalkan mengenai soalan yang sama, tanpa rasa segan silu dan penat, dia mengaku bahawa badannya masih penuh dengan tatu. Namun begitu, ianya bukanlah bermaksud bahawa solat dan kebersihan dirinya tidak terjaga, jawabnya di Twitter miliknya.

Suami Lana Nordin Turut Menjadi Mangsa

Adam terpanggil untuk menjawab isu tatu apabila baru -baru ini suami pelakon Lana Nordin, David atau nama islamnya Mohd Daud Mckienzie terlihat tatu pada lengannya. Menurut Adam, sebagai seorang mualaf, hukum untuk membuang tatu adalah tidak wajib apatah pada badannya juga penuh dengan tatu.

Jawabnya sambil berseloroh, dia turut meminta pada netizen untuk tidak bertanyakan di bahagian manakah tatu tersebut berada kerana ianya sebahagian daripada aibnya. Ada- ada sahaja netizen ini bukan? Kasihan pada mereka yang bergelar saudara baru ini. Islam itu bukankah mudah? Renung-renungkan!

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Fasha Sandha & Jejai Pakai Baju Sedondon Sambut Hari Jadi
Artikel SeterusnyaKerana Analisis Ini, Peminat Fazura & Neelofa ‘Berperang’ Di Instagram!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress