Demam pilihanraya kini melanda negara! Selepas pengumuman tarikh pengundian pilihanraya umum 14 diumumkan pada 9 Mei ini, pasti ramai ternanti-nanti siapakah calon-calon yang akan bertanding di kawasan-kawasan yang dipertandingkan.

Jo-Anna Sue Calon Parti Warisan Sabah

Menerusi tinjaun Hangat.com, netizen kini sibuk memperkatakan mengenai seorang calon yang ternyata bukanlah calang-calang orang.

Yang dimaksudkan adalah Jo-Anna Sue Henley Rampas yang akan bertanding merebut ‘kerusi’ Kiulu, Sabah. Menariknya mengenai Jo-Anna, dia merupakan bekas naib juara Bintang RTM 2009 dimana ketika itu Juara telah disandang oleh Ernie Zakri.

Latar Belakang Jo-Anna

Jika anda fikirkan gadis cantik dan semuda ini tidak layak bertanding, mungkin anda akan tarik semula kata-kata itu kerana Jo-Anna sememangnya beautiful with brain and voice! Jo-Anna sememangnya terkenal di Kiulu.

BACA  Undi Hari Rabu! Personaliti TV, Fedtri Yahya Persoalkan Kerjasama Majikan

Selain Bintang RTM, Jo-Anna pernah memasuki pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun, Unduk Ngadau dan dia juga merupakan seorang jurulatih kecergasan yang diiktiraf!

Gadis yang berusia 28 tahun ini merupakan lulusan Bachelor of Laws daripada University of London dan melanjutkan pelajaran di University of the West of England dan memperoleh Master of Laws in International Law and Corporate Social Responsibility.

Dia dijangka akan merebut ‘kerusi’ ini dengan bekas wartawan, Joniston Bangkuai. Jadi siapakah yang akan memenangi Kiulu? Ratu Cantik ataupun wartawan? Segalanya berada di tangan anda!