Boleh dikatakan filem A Quite Place arahan John Krasinski ini sememangnya memberi satu dimensi baru buat para penonton. Tidak perlukan suara dari para pelakon dan cukup dengan aksi mereka sudah boleh membuat anda terkejut sepanjang filem ini dimainkan.

Penuh dengan ‘Suspen’!

Bermula dari permulaan filem, anda sudah dikejutkan dengan kewujudan makhluk yang akan mencari mangsa nya yang mengeluarkan sebarang bunyi. Bayangkan lakonan tanpa suara, suasana di dalam wayang sunyi seketika dengan penuh debaran serta elemen bunyi yang menyeramkan bakal membuat tersentak seketika!

Malah kami sendiri turut tersentak dengan aksi yang penuh debaran di dalam filem ‘thriller’ seram ini. Namun begitu, kami agak sedikit kecewa pada penghujung filem ini, kerana aksi ‘penyudah’ nya terus dipotong seolah -olah menyuruh para penonton nantikan sekuel kedua A Quite Place kelak. Apa pun, untuk anda yang mempunyai penyakit lemah jantung, nasihat kami anda bimbingan harus diutamakan!

BACA  Ada Sekuel Untuk Filem A Quiet Place?

Sinopsis A Quiet Place

Mula ditayangkan sejak minggu yang lalu, filem yang sudah mencapai kutipan hampir 100 juta ini menceritakan mengenai suasana sekitar tahun 2020 dimana terdapatnya spesis makhluk asing yang bersaiz besar, laju dan gagah serta turut memakan manusia. Dalam masa 3 bulan, banyak manusia mati kerana dimakan oleh makhluk itu.

Dalam masa yang sama, keluarga Lee, bersama isteri yang hamil dan anak-anak mereka, Marcus, Beau dan Regan yang pekak dan bisu terpaksa berinteraksi menggunakan bahasa isyarat bagi mengelakkan makhluk tersebut sedar akan kehadiran mereka.

Namun ketika mereka sedang mencari kawasan untuk didiami, salah seorang anak mereka mati dibunuh. Klimaks nya, makhluk ini seakan tahu akan kewujudan mereka sehingga menyebabkan mereka terperangkap di kawasan itu.

BACA  Ada Sekuel Untuk Filem A Quiet Place?

Adakah mereka akan selamat dan berjayakah makhluk ini dibunuh? Segalanya terjawab di dalam filem ini.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel Sebelumnya7 Foto Pesona Dyana Sofya, Ahli Politik Layak Digelar Paling Seksi
Artikel Seterusnya‘Bodoh Kalau Sesiapa Cium Bayi’- Amar Baharin Naik Angin
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress