Baru-baru ini kami di Hangat.com telah dijemput menghadiri sebuah pertunjukkan fesyen di The Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana bagi meraikan koleksi ikonik Summeraya 2018 oleh pereka fesyen berbakat Rico Rinaldi.

Pertunjukkan fesyen koleksi khas busana Aidilfitri itu telah dihadiri oleh ramai selebriti termasuk Rozita Che Wan, Ziana Zain, Umie Aida, Hanis Zalikha, dan ramai lagi. Namun kehadiran wanita jelita ini telah menarik perhatian kami.

Walaupun beliau bukanlah seorang selebriti yang popular, namun kehadirannya cukup memberi aura yang kuat sebagai seorang ahli politik di negara ini. Ada ura-ura mengatakan Dyana akan bertanding di Pulau Pinang pada PRU-14 akan datang.

BACA  'Ini Fitnah'- Syamsul Yusof Bengang Dikaitkan Dengan Isu Politik

Di mata kami, Dyana layak digelar ahli politik yang paling seksi di Malaysia. Seksi itu bukan kerana soal baju yang dipakai atau solekan tebal tetapi mempunyai maksud yang lebih besar daripada kecantikan fizikal semata-mata. Jom lihat 7 foto Dyana ini yang boleh buatkan mata ramai lelaki di luar sana tak berkerdip.

1Berasal Dari Ipoh

Dyana berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

3Seorang Penulis Buku

Foto: IG Dyana Sofia

Ramai yang tak tahu, selain bergelar ahli politik, Dyana juga merupakan kolumnis untuk The Malay Mail Online. Ia juga menulis sebuah buku yang berjudul ‘Di Sini Bermula’ yang berisi kompilasi artikel-artikelnya yang ditulis di The Malay Mail Online.

4Sudah Menjadi Tunangan Orang

Foto: IG Dyana Sofia

Dyana baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila disahkan bertunang dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

6Muncul Dalam majalah Marie Claire

Foto: IG Dyana Sofia

Pada tahun 2015, Dyana telah dipaparkan oleh majalah Marie Claire sebagai personaliti wanita Malaysia yang terkemuka bagi menyokong kempen Marie Claire Wake Up to a Good Cause. Kempen ini bertujuan untuk menyokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam penderaan terhadap wanita.

7Kontroversi Video Dipeluk Lelaki

Foto: IG Dyana Sofia

Dyana Sofya Mohd Daud pernah terpalit dengan kontroversi sebuah video berpeluk dengan seorang lelaki dikatakan mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini. Wanita itu dikatakan menyerupai Dyana namun sehingga kini tiada bukti yang sahih mengatakan wanita itu adalah Dyana.

Sumber IG Dyana Sofia

 

 

Artikel SebelumnyaCantik! Naib Juara Bintang RTM 2009 Calon Parti Warisan Sabah
Artikel Seterusnya[REVIEW] A Quiet Place Filem ‘Thriller’ Terbaik 2018!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.