Sudah lama kita tidak dengar mengenai perkembangan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2 ini. Kaer Azami agak lama juga menyepi dari industri muzik, kini Kaer sedang sibuk menguruskan perniagaan pakaian lelaki berjenama Kazami dan Quhji.

Dipetik dari BH Online, Kaer ditemui di sebuah acara anugerah di ibu negara, baru-baru ini. Kaer sempat berkongsi cerita iaitu bakal menjanjikan buah tangan baru buat peminatnya. Dia akan muncul dengan lagu duet bersama temannya, Amylea Azizan berjudul Tak Pernah Hilang.

“Kali terakhir saya muncul dengan single adalah lagu berjudul Andai, kira-kira empat tahun lalu. Single terbaharu ini adalah hadiah istimewa buat peminat yang menyokong saya sejak zaman AF.

“Insya-Allah, Ogos depan saya akan muncul pula dengan single solo. Lagu itu bagaimanapun belum dirakam…. Kali ini, saya hasilkan single genre pop akustik bagi menepati cita rasa anak muda,” katanya.

Lagu Tak Pernah Hilang dicipta Farouk Roman dengan lirik dihasilkan Amylea mula diperdengarkan di platform digital. Video muziknya di jangka dimuat naik, esok. Semoga buah tangan baru Kaer ini dapat mengubati hati peminatnya.

BACA  Nabila Huda Gembira Penonton Beremosi Mengenai Kamar Kamariah

Sumber BH Online