Beberapa waktu sebelum ini di sosial media, lagi-lagi di Instagram ramai yang berkongsikan wajah seorang gadis berhijab ini. Ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita ini?

Dia bukanlah artis mahupun instafamous terkenal, namun wajah cantiknya kini tengah menjadi topik hangat.

Nak tahu sebab apa? Ini kerana gambar yang tersebar itu memperlihatkan wajahnya mempunyai tatu dengan saiz yang sangat besar dengan memakai hijab. Bukan setakat di dahi saja, wanita yang dikenali sebagai Iska ini juga mempunyai tatu di beberapa bahagian tubuh lainnya.

Hangat.com difahamkan Iska yang berasal dari Indonesia ini ketika waktu dahulu merupakan gadis Punk yang sempat menjalani kehidupan yang kelam. Hal ini terbukti dengan telinganya yang ditindik dengan besar dan tatu diseluruh tubuhnya.

BACA  'Wanita Muslim Perlu Berani Buka Tudung' - Bekas COO Malay Mail

Kini dia sudah berhijrah dan menjadi manusia yang lebih baik lagi. Hasratnya ini telah ditulis dalam kapsyen sebuah gambar pada akaun instagramnya.

Setiap manusia pasti memiliki masa lalu yang kelam. Namun, akhirnya ramai yang menemukan hidayah serta titik baliknya untuk bertaubat.

Sumber Tribunews

 

1
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articlePelakon Avengers Di Singapura! Peminat Sanggup Tak Mandi Dua Hari
Next articleCatriona Ross Sudah Bercerai? Ini Kenyataannya
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.