Pernahkah anda mendengar lokasi paling seram di dunia? Sebelum ini, CNN telah menyenaraikan 7 lokasi paling seram dan salah satunya adalah Gonjiam Psychiatric Hospital: Gyeonggi, Korea.

Permulaan Yang Meleret

Untuk anda yang tertanya bagaimanakah suasana di hospital itu, mungkin anda boleh menonton filem seram Korea terbaru arahan Jeong Beom-Sik yang berjudul Gonjiam: Haunted Asylum.

Hangat.com antara yang terawal berpeluang menonton filem ini dan apa yang kami boleh katakan filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang menjejak aktiviti paranormal di hospital usang ini.

Tidak seperti filem Paranormal Activity yang sememangnya mendebarkan setiap kali mulanya filem itu, Gonjiam pula kelihatan seperti terlalu ‘meleret’.

Saat Akhir Filem Buat Penonton ‘Kering Darah’

Bermula dengan setiap pengenalan pelakon yang menggunakan nama asal di dalam filem ini, perasaan menakutkan itu hanya mula terasa selepas 30 minit filem ini ditayangkan.

Namun begitu, perasaan itu berkekalan sehingga ke akhir filem sehingga ada ketikanya ianya membuatkan anda ‘kering darah’ dan kami tidak tolak kemungkinan mungkin akan ada yang tutup mata mahupun telinga ketika penghujung filem ini.

Secara keseluruhan, kami galakkan anda untuk menonton filem ini dan buat perbandingan di antara filem paranormal seperti Paranormal Activity dan mungkin juga filem tempatan, Penunggu Istana.

Untuk review di IMDb mereka telah letakkan filem ini di skala 7/10 dan turut mencatatkan ‘box-office’ filem di Hong Kong. Di Korea pula filem ini telah mencatat sejarah di kedudukan ketiga mendapat sambut yang mengalakkan.

Sinopsis Gonjiam: Haunted Asylum

Mengisahkan 6 remaja yang menyertai penggambaran sebuah rancangan realiti seram, Horror Times yang dimainkan secara langsung di YouTube arahan seorang YouTuber terkenal, Ha-joon (Wi Ha-joon di sebuah hospital sakit jiwa yang telah ditinggalkan sejak sekian lama, Gonjiam Psychiatric Hospital: Gyeonggi, Korea.

Sukarelawan tersebut terdiri daripada Ji-hyun (Park Ji-hyun) seorang gadis yang begitu berani, Seong-hoon (Park Seong-hoon)salah seorang ahli tetap yang juga jurukamera Horro Times, pengacara Horror Times Seung-wook (Lee Seung-wook), Ah-yeon (Oh Ah-yeon) gadis yang sentiasa merendahkan diri, Je-yoon (Yoo Je-yoon) yang sememangnya penakut namun tidak ditonjolkan sikapnya itu dan Charlotte (Moon Ye-won) gadis yang sudah mencuba merasai sendiri pengalaman seram di 3 lokasi paling berhantu di dunia.

Bersama mereka turut dilengkapi gajet yang canggih untuk merakamkan sebarang entiti di dalaam hospital itu. Misi mereka adalah untuk membuka bilik 402 yang sebelum ini terkenal dengan cerita seramnya.

Namun begitu bagi memastikan program ini mendapat tontonan tinggi, Ha-joon bersama dua lagi ahli Horror Times telah merancang muslihat untuk menakutkan sukarelawan mereka dan juga penonton.

Namun begitu, disebalik perancangan mereka, tiba-tiba berlaku perkara misteri dan pelik dan ianya bukanlah dalam perancangan mereka. Lama-kelamaan setiap daripada mereka telah hilang dan diganggu ‘penghuni’ hospital tersebut sehingga memaksa Ha-Joon ke lokasi berkenaan untuk merakamkan sendiri detik seram itu.

Selebihnya, anda bolehlah menonton filem Gonjiam: Haunted Asylum yang akan mula ditayangkan pada 19 April ini di pawagam GSC berhampiran anda.

2
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry