Ciplak? Lagu Joe Flizzow ‘Sampai Jadi’ Mirip Rapper Korea Ini

1.7K

Terbaru, penyanyi rap popular, Joe Flizzow baru sahaja melancarkan muzik video rasmi, lagu terbarunya Sampai Jadi dilancarkan di laman Youtube pada 12 April lalu. Menurut laporan Mstar Online, Joe berkata lagu tersebut dihasilkan untuk memberi inspirasi kepada pendengar supaya lebih bersemangat dalam melakukan sebarang pekerjaan.

Memang sedap susunan muziknya. Layan pula dengar tatkala kami menghayati lagu berkenaan. Cuma ada yang memberitahu kami, melodi lagu berkenaan hampir sama dengan lagu yang dinyanyikan oleh Yung Jae feat Heartbreaka & Stupid Young berjudul Feel Like.

Tanpa berlengah lagi, kami akhirnya cuba mendengar sendiri kedua-dua lagu berkenaan dan kami akui terdapat banyak persamaan lagi-lagi bahagian Intro.

BACA  Kenali Cik Sofie Louise Johansson, Bakal Isteri Tengku Mahkota Kelantan

Kemungkinan besar juga ianya hanya satu kebetulan melodi kedua-dua lagu tersebut dibahagian Intro kedengaran sama.Β Β Mungkin juga, disebabkan kecanggihan teknologi muzik zaman sekarang menjadikan bunyi dua lagu itu lebih kurang sama.

Berikut komen dan reaksi peminat mengenai kedua-dua lagu tersebut.

Tapi bila dengar banyak kali, di bahagian Intro tu pun ada sedikit macam lagu Aishah berjudul Melukut di Tepi Gantang. Cuba dengar dalam video di bawah.

Hampir sama tapi taklah ketara sangat! Jadi apa kata anda, adakah ini hanya sekadar kebetulan ataupun disengajakan? Kami juga akan cuba mendapatkan maklum balas dari Joe Flizzow mengenai isu ini. Nantikan!