Kumpulan Rap Legenda, KRU dibubarkan selepas 25 tahun penubuhannya. Pembubaran kumpulan itu disahkan oleh Edry Abdul Halim menerusi satu sidang media rasmi pada hari ini.

Menerusi video yang dimuatnaik Hlive, Kumpulan adik beradik ini mengumumkan pembubaran jenama gergasi ini selepas konsert terakhir mereka Konsert Gergasi KRU25 yang berlangsung pada 6 Mei.

Ditubuhkan pada 1992

KRU (singkatan bagi Kumpulan Rap Unik) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.

Menurut Wikipedia, ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Kini tiada lagi lagu-lagu terbaru dari kumpulan KRU, apa-apa pun terima kasih kerana menghiburkan kami semua selama ini.

Sumber Hlive