Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa penyanyi Ziana Zain amat sukar untuk memberi ulasan mengenai kes dia failkan perceraiannya. Ziana nampaknya lebih selesa untuk berdiam diri menguruskan permasalahan ini. Sebelum ini Ziana didakwa telah menfailkan penceraian dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, di Mahkamah Syariah pada 4 April lalu.

Memendam Rasa

Walaupun Ziana tidak mengulas lebih lanjut tentang kes ini, namun di media sosial, pelbagai spekulasi telah dibuat oleh netizen tentang hubungan mereka berdua yang sudah terjalin selama 19 tahun. Baru-baru ini, Utusan Online sempat bertanya kepada Ziana mengapa dia berdiam diri dan ini jawapannya.

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” jelasnya kepada Utusan Online.


Dalam pada itu, lapor mStar Online, Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu. Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

BACA  Siapa Sangka 9 Selebriti Terkenal Ini Mempunyai Anak Kembar!

Sumber Utusan

 

like
love
haha
wow
sad
angry